Allahyarham Tuan Haji Abas Bin Tosari

Allahyarham Tuan Haji Abas Bin Tosari
Kesabaran dalam mengharungi kehidupan..Eleng-eleng wong urip singati-ngati..AL-FATIHAH

Wednesday, October 19, 2011

Selamat Menunaikan Fardu Haji- Pak Kus, Cik Pajid dan ibunya..

Salam sedulur..
Pada 20/10/11 jam 4.30 pagi tadi, Pak Kuswadi, isteri Cik Pajidah dan ibunya telah selamat berangkat ke Senai Airport untuk penerbangan ke Mekah bagi menyempurnakan ibadat Haji.
Didoakan semoga Pak kus, isteri dan ibunya sentiasa mendapat perlindungan dan dipermudahkan perjalanan ibadat hajinya oleh Allah S.W.T.
Semoga mendapat haji yang terbaik dan selamat kembali ke tanahair..


Kenderaan bersiap sedia untuk perjalanan ke Senai Airport










Semoga selamat pergi dan selamat kembali..

Monday, October 3, 2011

Aqiqah ..

Salam Semua..
Alhamdulillah, pada 1 Oct 2011 telah selamat menunaikan aqiqah buat Muhamad Fariez Bin Mohd Azli, Ahmad Adam Bin Mohd Azli dan Rusydan Naa'il Bin Rejab..Tumbangnya seekor lembu yang gagah.

Semoga cicit2 mbah ini akan sentiasa mendapat perlindungan dan keselamatan sepanjang hidup dari Allah ..


 








Selamat Pengantin Baru - Supa'at Bin Hj Saban dan Cik Raihan

Salam Berbahagia..
Cucu Mbah telah selamat mendirikan masjid pada bulan syawal ini..
Selamat pengantin baru buat Supa'at (Puad) dan pasangannya Siti Nor raihan Bt Hj Yusof (Cik Raihan)
Majlis pernikahan berlangsung pada tanggal 18 Syawal 1432H (Jumaat 16 Sept 2011). Majlis persepsi persandingan pada Sabtu 17/Sept (rumah keluarga cik Raihan) dan pada Sabtu 24 Sept di rumah Pak Uda Hj Saban.
Diucapkan selamat datang buat cik Raihan kedalam keluarga Hj Abas.
Semoga kalian berdua mendapat kebahagian, kesihatan dan dipermudahkan hidup dunia dan akhirat dari Allah...amiin..

 









Sempat lagi tu..




Selamat pengantin baru..

Sunday, October 2, 2011

Raya 2011

Salam sedulor..
Maaf yer, tahun  ni kami tak beraya di Sedayong..
Tak banyak photo sempena raya tahun  nie untuk di paparkan..
sesiapa yang ada gambar raya..boleh lah kongsi bersama kemeriahannya disini..
 

 

 

 









Maaf Zahir batin..