Allahyarham Tuan Haji Abas Bin Tosari

Allahyarham Tuan Haji Abas Bin Tosari
Kesabaran dalam mengharungi kehidupan..Eleng-eleng wong urip singati-ngati..AL-FATIHAH

Wednesday, December 15, 2010

Salam Asyura (10 Muharam)

Salam sedulur semua..
Tazkirah 10 Muharram..

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)


Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)


Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)


Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

10 Muharram : HARI ASYURA
(PERISTIWA DAN AMALAN YANG SANGAT DIGALAKKAN)

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura :


~ Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
~ Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala.

~ Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat.
~ Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
~ Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
~ Allah menjadikan Siti Hawa.
~ Allah menjadikan Syurga.
~ Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
~ Taubat Nabi Adam diterima Allah.
~ Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
~ Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Zamrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
~ Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
~ Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura :


~ Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
~ Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

~ Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.

~ Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.

~ Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.

~ Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.

~ Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.

~ Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.

~ Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah.

~ Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
~ Sunat menginai dan mengerat kuku.

~ Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.

~ Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.

~ Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.

~ Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    ReplyDelete